Saturday, August 20, 2011

plan masa cuti (:

sangat banyak mnde yg aku nak buat tyme cuti ni. ada yang befaedah tapi yang tak befaedah lagi banyak la plak !

1. tido
yea itu hobby aku yang pertama. buat masa sekarang waktu tido tu waktu paling bemakna dalam hidup aku. korang yang suka tido pon mesti setuju kan kan kan? ntah sejak bila tido tu boley pulak jadi kawan baek aku yelah kat mane mane ak g pon mesti tido. laen katanya kat mana ada aku kat situ la ada tido. dsebabkan cuti maka aku akan panjangkan waktu tido aku heheeh . mak pon oke je sebab dye tau aku sangat suka tido. kalo xcukup tido sambil jalan pon boley telelep. hehe bahaya orang macam ni !! so spanjang cuti ni bantal dlantik sebagai teman tapi mesra aku B)


2. biskut raya

tadi usha calendar. mak aihh ! da nak dekat raya la. yay !! mak tanya "nak buat kue ke? mak malas da nak buat ni. kalo nak korang buat la". dengan semangatny kitorang (aku kakak & nisyak) jawab "nak!" hahah.kiranya tadi shopping barang2 nak buat kue tu la. yea smnggu lagi nak raya baru buat klo tak alamatnya xjadi kue raya la kehkehkeh~ biskut yang ad dalam senarai : semperit , cornflaks madu, mazola jugak biskut arab atau lebih dikenali sebagai biskut makmur.itu pon kalau mampu buat la. macam banyak keje la plak ! sesapa yang tringin nak makan hasil tangan yang lembot ( perasan gila) ni sila sila la datang rumah ^^


3. kemas rumah

arghhh !! part yang seronok tapi agak bosan. bukan bosan pasal apa, penat ohh yelah mengemas sambil mengecat. taun ni cat baru pulak rumahnya letak color pink purple. macam cake house plak hehehe.fefirst sampai rumah semalam tekejot je, mane taknya kira 90% da siap la rumah.lega sangat sebab raya nanti takla besepah sangat (: bila pk nak raya jadi semangat plak nk mengemas. so, mesti besemangat !


4. tengok movie
korang pena tgk cinderella's step sister ? haa ! tu satu cite yang aku nk abiskan cuti ni. kisahny pasal sorang budak pompuan ni yg hidop kucakacir sebab mak dye sendiri.heee sian je kat dye.sangat menarik cite ni even lakinye tak kacak macam artis korea laen. tp agak comel jugak la pape pon~ tamat je cite tu masok cite laen plak. mcm brilliant legacy. yang ni pon best jugak. cite pasal budak pompuan yg ayah dye mati (padahal xmati pon). da la ayah mati bankrup pulak tu. da tu klua dari rumah adek plak lesap mak tiri punya keje heee! yang hero pn masalah jugak. tapi cite ni memang best. mesti tengok !
bosan asek kpop je? sukahati lah. taste maseng maseng ~





Monday, August 15, 2011

dalam mihrab cinta

Tetiba ak sgt interested ngn cite ni. kat cini as sinopsis yg ak copy and paste untuk puaskan hati ak sendiri (:

Syamsul (Dude Harlino) pemuda 20 tahun-an bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman. Disini ia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika dijambret di kereta, yang kejadian tersebut membuat mereka jadi dekat.

Dipesantren ini Syamsul terusir karena dituduh mencuri akibat fitnah sahabatnya sendiri Burhan (Boy Hamzah). Kemudian karena keluarganya sendiri juga tidak mempercayainya, hingga benar-benar membuat Syamsul menjadi seorang pencopet.
Di tengah kekacauan dan kegelapan hidupnya ini Allah memberikan jalan baginya untuk bertobat dan mempertemukannya dengan Syilvie (Asmirandah) seorang gadis solehah.Apakah Syilvie nantinya yang akan berjodoh dengan Syamsul ataukah Zizi yang bakal jadi pendamping hidupnya?

Saturday, June 25, 2011

kisah teman sejati



Terdapat dua orang sahabat baik di sebuah kampung. Sejak kecil lagi, setiap perkara yang mereka buat akan dilakukan bersama-sama. Dari meredah hutan, memancing, belajar dan apa-apa sahaja sekalipun, mereka akan melakukannya bersama-sama. Pendek kata, dimana ada sahaja, akan ada mereka berdua.


Seawal usia remaja, negara mereka telah dilanda satu peperangan. Ini telah memaksa semua remaja untuk melibatkan diri dalam bidang ketenteraan bagi mempertahankan tanah air. Tidak terkecuali, dua orang sahabat ini. Mereka memasuki bidang ketenteraan bersam-sama.


Pada suatu pagi yang hening, tiba-tiba pihak musuh telah menyerang markas tempat tentera ini. Maka suasana yang pada mulanya hening menjadi hingar bingar. Kdengaran buyi tembakan mush memecahkan kesunyian pagi. Pihak musuh yang menyerang telah menembak membabi buta. Maka, tunggag langgangla lah pihak tentera tadi termasuk dua orang sahabt tadi.


Sesampainya mereka di markas rahsia. Sahabat tadi mendapati bawah sahabat baiknya tiada di situ. Maka dengan rasa kelam kabut, dia bergegas meminta izin kepada ketuanya untuk keluar kembali ke tempat peperangan untuk mencari sahabtnya tadi. Tapi ketua itu telah menolak seraya berkata " Untuk apa engkau kembali ke sana, sahabatmu telah mati dan engkau mungkin akan ditembak musuh. Sia-sia sahaja. "


Oleh sebab terlalu kasihkan sahabatnya. Maka, dia tidak mengendahkan arahan kaptenya tadi.


Selang setengah jam kemudian, dia pulang dengan ada kesan tembakan di bahagian perut. Ketuanya melihat seraya berkata. "Kan aku dah kata hanya sia-sia je" Sahabat tadi menjawab " Tidak sia-sia wahai ketua, aku dapat mendengar kata-kata terakhirnya" Kapten tadi mendengar sambil berkata dalam hati "Hanya cakap kosong"


Namun, oleh sebab rasa ingin tahu yang tinggi, maka ketua tadi datang semula kepada seraya bertanya. "Sebenarnya apa yang dia telah katakan kepada kamu sehingga kamu sanggup untuk menggadaikan nyawa kamu kepadanya?"


Jawablah sahabat tadi sambil berkata " Saya tahu kamu akan datang kembali mencari saya" Itulah kata-kata terakhirnya sambil tersenyum puas.


************


Dalam hidup ini, sukar untuk kita mencari seorang sahabat yang dapat terima baik buruk kita. Seorang sahabat yang mampu untuk bersama dengan kita masa susah dan senang. Sebanya, kita tak mampu untuk berfikir apa yang ada dalam fikiran dan hati seseorang itu.


Hatta seorang ibu sekalipun, dia tidak mampu untuk membaca apa yang difikirkan oleh anaknya walaupun dia yang melahirkan anaknya tersebut.


Satu hari nanti, bila korang telah menemukan seorang sahabat sejati. Maka jagalah diri dia dengan sebaik-baiknya kerana mungkin satu hari nanti, korang takkan menemukan lagi seorang lagi sahabat sepertinya. Sahabat sejati takkan sanggup menggadaikan persahabatanya semata-mata keran cinta dan duit. Selalu korang tengok dalam filem-filem melayu, seorang sahabt sejati lebih sanggup memendamkan perasaan daripada melukakan hati kawannya tersebut.


Tiada satu tips pun yang mampu menolong korang mendapatkan seorang sahabat sejati. Ia datang secara tiba-tiba, dan ia akan kekal selama-lamanya. Berbahagilah korang bila korang sudah mampu menyedarinya.

so hargai la sahabat korang slagi termampu !






Monday, April 11, 2011

kenapa ...

sunggoh la pelik dan ajaib ble xrasa pape mase tu .tapi ble kne jauh ngn besfren mcm sdey xngat dnia. apa plak la kali ni. haih tolong la kuat wahai nur . ni utk kbaekan sume org -___-